Monday, 23 June 2014

Hati yang tenang...

x taula kenape sejak 2 3 menjak ni hati rase x berape tenang..huhu..tiba2 dpt whatapps mcm ni...kesimpulannya..apapun yg terjadi..kembalilah kite kepadaNYA...



Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut

Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu

Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru

Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati

Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal)

Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah

Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah

Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang

Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang

Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai

"sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yg beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yg mereka lakukan" - (Al-Mu'minuun:1-2)

Hidup akan jadi luar biasa bila kita solat luar biasa


Wednesday, 18 June 2014

Dapat income dengan hanya RM 10 sahaja

rasenya dah dekat 3 minggu aku pie masuk spshops ni.. modal rm 10 je.. dia ni mcm mlm... aku x paham sangat..tp aku gatai pie join..... orang kate kalo duk diam2 pun bleh dapat income... hee... so aku pun pie la join...
tp kan..aku jeles tgk upline aku yang aktif... x sampai beberapa hari income dia cecah rm 1000++ k.. huhu..sgt jeles..sgt jeles.. pastu plak..aku tgk ramai kawan2 aku join.... untuk yang x kenal aku... meh aku bgtau korang..aku dah hampir 3 tahun buat part time bisnes online.. so, aku tgk kawan2 bisnes aku ramai yang join rm 10 ni.... tu yang pling murahla..yg mahal rm 160.. aku apa lg... pie promote..berduyun orang pm... tercengang2 aku menjawab..sebabnya aku ni masih amatur..heee...

so..apa SPshops ni?? jom baca...

Apa itu SPshops ?

SPHOPS Malaysia atau ringkasnya Share Profit Shops adalah satu platform laman sosial online. Berkonsep beriklan dan beriklan dan DAPAT DUIT berteraskan konsep Affiliate Marketing online.

SPHOPS Malaysia menawarkan satu program affiliate secara online dan offline. Program ini memberi peluang pendapatan yang lumayan secara sambilan dari mana mana sahaja wlaupun menggunakan handphone anda saja. Kepada mereka yang berminat mempromosikan laman web ini tidak kira samada anda adalah Reseller, Merchant atau cuma sebagai Customer.

Nama SPShops barangkali bukan nama "familiar" dikalangan rakyat Malaysia. Tetapi bila sebut Mudah.My pasti ramai yang tahu tentangnya khususnya dikalangan peniaga, syarikat besar mahu pun individu kebanyakan.. Mudah.My adalah antara laman iklan paling popular di Malaysia yang kini berada di senarai 10 laman paling ramai dikunjungi pelawat di Malaysia ( berdasarkan statistik Alexa.com ). Ramai rakyat Malaysia memilih Mudah.My sebagai satu medium pengiklanan bagi menjual produk atau perkhidmatan mereka samada iklan berbayar mahu pun iklan percuma.

SPShops.Com juga merupakan laman iklan mirip Mudah.My. Apa yang sangat membezakan antara SPShops.Com dan Mudah.My ialah dari segi usia penubuhannya serta visi pemilik kedua laman tersebut. Rakan kongsi saya berpeluang berbicara panjang dengan CEO SpShops.Com Encik Adnan Ismail, juga merupakan founder SPShops yang bernaung dibawah syarikat SP Club International Sdn Bhd. Syarikat ini berdaftar secara sah dengan ROC dengan nombor pendaftaran 853130-H dan beralamat di No 69 Jalan Cyber 1B/3, Cyber Vally Commercial Centre, Cyberjaya, 43800 Sepang, Selangor.

Encik Adnan berpengalaman puluhan tahun dalam dunia direct marketing. Beliau adalah bekas top leader syarikat MLM dan juga terbabit dalam membangun software dan backoffice untuk syarikat tertentu malah juga merupakan orang yang bertanggungjawab membangunkan perisian SPShops. Menurut beliau SPShops ini dibina bermula pada tahun 2012 selaras dengan visi beliau untuk memiliki sebuah empayar perniagaan online mirip Mudah.My Ia mengambil masa sekitar dua tahun untuk disiapkan. Namun berbeza dengan Mudah.My En Adnan membangunkan syarikat yang 100% milik bumiputra ini dan berhasrat untuk berkongsi keuntungan syarikat dengan orang ramai yang menyertai syarikat samada sebagai reseller, merchant atau pelanggan dan membantu perkembangan syarikat ini. Harapan beliau adalah untuk menyaingi Mudah.My secara sihat selain membantu masyarakat memperbaiki taraf sosio ekonomi masing masing.

Bila anda mengiklan produk atau servis di Mudah.My samada iklan percuma atau iklan berbayar, anda cuma sebagai pelanggan atau customer walau pun anda membayar ratusan mahu pun ribuan RM untuk kos pengiklanan. Dengan kata lain anda tidak berkongsi dengan syarikat dan tidak berhak mendapat apa apa keuntungan yang diperolehi oleh Mudah.My ( dipercayai ;aman ini membuat keuntungan yang sangat besar dasi hasil iklan orang ramai serta syarikat ). Bagaimana pun di SPShops yang baru dilancar sekitar seminggu lalu, anda mempunyai bahagian untuk berkongsi keuntungan SPShops tidak kira anda anda cuma memasang iklan secara percuma, RM10, RM50, RM100 atau anda menjadi reseller/merchant di SPShops ini. Setiap orang yang menyertai SPShops ada bahagian masing masing. Ini yang merupakan satu kelebihan SPShops dimana keuntungan yang dijana bakal dikembalikan kepada pengguna.

Cuba anda fikirkan dengan cuma memasang iklan produk atau perkhidmatan serendah RM10 saja untuk tempoh selama 3 bulan dan tanpa perlu melakukan apa apa aktiviti lain, anda boleh mendapat pulangan perkongsian untung sehingga RM1,000 maksima. Katakan anda mahu iklankan 9 produk anda lengkap dengan gambar dan link website, anda hanya perlu membayar RM160 dan tanpa perlu melakukan apa apa yang lain, pendapatan sampingan anda dari SPShops boleh menjangkau RM16,000 maksima. Bagi pengiklan serendah RM10 yang giat membantu membangunkan SPShops dan memperkenalkan syarikat ini kepada masyarakat ramai, mereka boleh menjana sehingga RM 7 juta dan bagi yang mengiklan 9 produk / perkhidmatan minima dan ikut membantu bangunkan SPShops, pendapatan perkongsian keuntungan boleh mencecah RM 7 juta.

kot-not korang berminat, korang bleh terjah fb aku.. www.facebook.com/ronasutra.yana

Monday, 16 June 2014

ALFATIHAH

pagi ni startla penggal kedua persekolahan lepas bercuti hampir 3 minggu... sampai2 sekolah je... semua bercerita pasal arwah kawan kami yg telah meninggaldunia 7 jun yg lepas... arwah da setahun berpindah ke matrikulasi gambang dan setahun jugakla dia jatuh sakit... semua org sedih sebb arwah mmg sahabat yg baik... aku pun sedih yg teramat sbb aku n housemate aku mmg rapat dgn arwah...sbb kami sama2 bujangkan.... huhu..aku nak cerita panjang2 pasal arwah..tp aku ngantuk sngt..nanti aku cerita kenapa aku kate arwah seorang yg baik... kt post ni aku cuma nak tepek beberapa keping gambar arwah je... yg pasti aku sgt2 rindukan gelak tawa arwah..sbb dulu arwah selalu skat aku..huhu...
tenangla dikau disana wahai sahabatku..wahai abgku... kenangn bersamamu pasti xkan lpis dlm ingatan ini..semoga rohmu dicucuri rahmat dan semoga ditempatkan dikalangan org yg beriman..
*masa aku taip entry ni..mmg laju airmata ni mengalir..genap 10 hari arwah pergi x kembali..Ya Allah..arwah mmg seorg shbat yg sgt baik....