Monday 23 June 2014

Hati yang tenang...

x taula kenape sejak 2 3 menjak ni hati rase x berape tenang..huhu..tiba2 dpt whatapps mcm ni...kesimpulannya..apapun yg terjadi..kembalilah kite kepadaNYA...



Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut

Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu

Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru

Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati

Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal)

Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah

Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah

Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang

Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang

Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai

"sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yg beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yg mereka lakukan" - (Al-Mu'minuun:1-2)

Hidup akan jadi luar biasa bila kita solat luar biasa


Wednesday 18 June 2014

Dapat income dengan hanya RM 10 sahaja

rasenya dah dekat 3 minggu aku pie masuk spshops ni.. modal rm 10 je.. dia ni mcm mlm... aku x paham sangat..tp aku gatai pie join..... orang kate kalo duk diam2 pun bleh dapat income... hee... so aku pun pie la join...
tp kan..aku jeles tgk upline aku yang aktif... x sampai beberapa hari income dia cecah rm 1000++ k.. huhu..sgt jeles..sgt jeles.. pastu plak..aku tgk ramai kawan2 aku join.... untuk yang x kenal aku... meh aku bgtau korang..aku dah hampir 3 tahun buat part time bisnes online.. so, aku tgk kawan2 bisnes aku ramai yang join rm 10 ni.... tu yang pling murahla..yg mahal rm 160.. aku apa lg... pie promote..berduyun orang pm... tercengang2 aku menjawab..sebabnya aku ni masih amatur..heee...

so..apa SPshops ni?? jom baca...

Apa itu SPshops ?

SPHOPS Malaysia atau ringkasnya Share Profit Shops adalah satu platform laman sosial online. Berkonsep beriklan dan beriklan dan DAPAT DUIT berteraskan konsep Affiliate Marketing online.

SPHOPS Malaysia menawarkan satu program affiliate secara online dan offline. Program ini memberi peluang pendapatan yang lumayan secara sambilan dari mana mana sahaja wlaupun menggunakan handphone anda saja. Kepada mereka yang berminat mempromosikan laman web ini tidak kira samada anda adalah Reseller, Merchant atau cuma sebagai Customer.

Nama SPShops barangkali bukan nama "familiar" dikalangan rakyat Malaysia. Tetapi bila sebut Mudah.My pasti ramai yang tahu tentangnya khususnya dikalangan peniaga, syarikat besar mahu pun individu kebanyakan.. Mudah.My adalah antara laman iklan paling popular di Malaysia yang kini berada di senarai 10 laman paling ramai dikunjungi pelawat di Malaysia ( berdasarkan statistik Alexa.com ). Ramai rakyat Malaysia memilih Mudah.My sebagai satu medium pengiklanan bagi menjual produk atau perkhidmatan mereka samada iklan berbayar mahu pun iklan percuma.

SPShops.Com juga merupakan laman iklan mirip Mudah.My. Apa yang sangat membezakan antara SPShops.Com dan Mudah.My ialah dari segi usia penubuhannya serta visi pemilik kedua laman tersebut. Rakan kongsi saya berpeluang berbicara panjang dengan CEO SpShops.Com Encik Adnan Ismail, juga merupakan founder SPShops yang bernaung dibawah syarikat SP Club International Sdn Bhd. Syarikat ini berdaftar secara sah dengan ROC dengan nombor pendaftaran 853130-H dan beralamat di No 69 Jalan Cyber 1B/3, Cyber Vally Commercial Centre, Cyberjaya, 43800 Sepang, Selangor.

Encik Adnan berpengalaman puluhan tahun dalam dunia direct marketing. Beliau adalah bekas top leader syarikat MLM dan juga terbabit dalam membangun software dan backoffice untuk syarikat tertentu malah juga merupakan orang yang bertanggungjawab membangunkan perisian SPShops. Menurut beliau SPShops ini dibina bermula pada tahun 2012 selaras dengan visi beliau untuk memiliki sebuah empayar perniagaan online mirip Mudah.My Ia mengambil masa sekitar dua tahun untuk disiapkan. Namun berbeza dengan Mudah.My En Adnan membangunkan syarikat yang 100% milik bumiputra ini dan berhasrat untuk berkongsi keuntungan syarikat dengan orang ramai yang menyertai syarikat samada sebagai reseller, merchant atau pelanggan dan membantu perkembangan syarikat ini. Harapan beliau adalah untuk menyaingi Mudah.My secara sihat selain membantu masyarakat memperbaiki taraf sosio ekonomi masing masing.

Bila anda mengiklan produk atau servis di Mudah.My samada iklan percuma atau iklan berbayar, anda cuma sebagai pelanggan atau customer walau pun anda membayar ratusan mahu pun ribuan RM untuk kos pengiklanan. Dengan kata lain anda tidak berkongsi dengan syarikat dan tidak berhak mendapat apa apa keuntungan yang diperolehi oleh Mudah.My ( dipercayai ;aman ini membuat keuntungan yang sangat besar dasi hasil iklan orang ramai serta syarikat ). Bagaimana pun di SPShops yang baru dilancar sekitar seminggu lalu, anda mempunyai bahagian untuk berkongsi keuntungan SPShops tidak kira anda anda cuma memasang iklan secara percuma, RM10, RM50, RM100 atau anda menjadi reseller/merchant di SPShops ini. Setiap orang yang menyertai SPShops ada bahagian masing masing. Ini yang merupakan satu kelebihan SPShops dimana keuntungan yang dijana bakal dikembalikan kepada pengguna.

Cuba anda fikirkan dengan cuma memasang iklan produk atau perkhidmatan serendah RM10 saja untuk tempoh selama 3 bulan dan tanpa perlu melakukan apa apa aktiviti lain, anda boleh mendapat pulangan perkongsian untung sehingga RM1,000 maksima. Katakan anda mahu iklankan 9 produk anda lengkap dengan gambar dan link website, anda hanya perlu membayar RM160 dan tanpa perlu melakukan apa apa yang lain, pendapatan sampingan anda dari SPShops boleh menjangkau RM16,000 maksima. Bagi pengiklan serendah RM10 yang giat membantu membangunkan SPShops dan memperkenalkan syarikat ini kepada masyarakat ramai, mereka boleh menjana sehingga RM 7 juta dan bagi yang mengiklan 9 produk / perkhidmatan minima dan ikut membantu bangunkan SPShops, pendapatan perkongsian keuntungan boleh mencecah RM 7 juta.

kot-not korang berminat, korang bleh terjah fb aku.. www.facebook.com/ronasutra.yana

Monday 16 June 2014

ALFATIHAH

pagi ni startla penggal kedua persekolahan lepas bercuti hampir 3 minggu... sampai2 sekolah je... semua bercerita pasal arwah kawan kami yg telah meninggaldunia 7 jun yg lepas... arwah da setahun berpindah ke matrikulasi gambang dan setahun jugakla dia jatuh sakit... semua org sedih sebb arwah mmg sahabat yg baik... aku pun sedih yg teramat sbb aku n housemate aku mmg rapat dgn arwah...sbb kami sama2 bujangkan.... huhu..aku nak cerita panjang2 pasal arwah..tp aku ngantuk sngt..nanti aku cerita kenapa aku kate arwah seorang yg baik... kt post ni aku cuma nak tepek beberapa keping gambar arwah je... yg pasti aku sgt2 rindukan gelak tawa arwah..sbb dulu arwah selalu skat aku..huhu...
tenangla dikau disana wahai sahabatku..wahai abgku... kenangn bersamamu pasti xkan lpis dlm ingatan ini..semoga rohmu dicucuri rahmat dan semoga ditempatkan dikalangan org yg beriman..
*masa aku taip entry ni..mmg laju airmata ni mengalir..genap 10 hari arwah pergi x kembali..Ya Allah..arwah mmg seorg shbat yg sgt baik....






Sunday 15 June 2014

memori terindah....

best plak berblog kan... boleh luah ape yg ade dlm hati... aci x kalo aku nak coretkan kisah cinta sy bersama bakal suami.. ( insyaAllah)..????
sbb aku xnak lupa tarikh2 penting ni...

1/1/2014 - kali pertama aku msg dia..mlm x silap.. tp masa ni aku masih bergelar tunang orang... tp masa ni...tunang aku da layan x layan aku da..mmg makan hati sgt2...berhari2 dia x msg...call jauh sekali...aku call pun dia da xnak angkat...sedih sgt...dia da start berubah... masa tu mmg da nampak bayang2 akan putus...so aku ngadu kat group whatapps sek rendah aku...kawan2 aku suruh aku move on... n salah sorang ni (cik  salmi) pergi cerita kat tunang dia(wan) pasal aku putus..(padahal putus x rasmi).. wan ni pun kawan sek rendah aku sampai form 2...kebetulan dia tgh ada dkt dgn aci (cik abg sy).. so..dia bg no phone aci ni kat sal... sal plak pass kat aku... suh aku berkenalan dgn dak aci ni.. mlm tu aku sedih sangat... mmg tunang aku x nak layan... aku pun masa tu dgn muka x malu g msg aci..butir2 msg?? aku da delete... sbbnya aku bila gaduh suka delete semua benda... tp cik abam aku ade simpan lg semua msg..hehe...sbb tu aku ingat malam aku msg dia..pkul 10 lebih..sbb dia ni x kisah pun aku pegang2 hset dia...so..aku selalula godek hphone dia... tp aku jahatkan..aku x bgtau dia pun aku da bertunang...n sebenarnya aku xde niat pun nak bercinta dgn dia..tp masa tu aku tgh sedih... aku perlukan kawan.. berkenalanla sikit...  adik beradik dia... asal mana.... tp x silap aku..aku g bgtau dia..aku baru putus tunang..padahal x putus lg..haha..gediks kan...n dia pun cerita la serba sedikit pasal dia...  nama sebenar dia fazli.. aci tu nama pnggilan utk family dia n org2 yg rapat dgn dia je..umur 35..n yg penting dia keje kat melaka..n asal melaka... melaka tu kampung halaman aku ok...

lepas 2,3 hari..aku call tunang aku..dia angkat..masa borak2 dan gaduh..mmg lately asyik gaduh je..... aku ckp..ade org nak kenal dgn aku(padahal da kenal da)..dia tanya ckgu ke? aku kate bkan..kerja biasa je.. dia ckp suka hatila..kenal jela..huhu..sedih sebb dia mcm x kisah jek....so aku pun kawan je la... kira da minta izinlakan..

sejak aku kenal dgn aci..dalam sebulan tu..aku dgn ex aku gaduh baik..gaduh baik..tp wlpun baik.. baik mcm x ikhlas jek... huhu... dan dia masih dgn rutin..berhari2 xkan angkat call aku..sampai ade masa tu..aku g call mak dia sbb dia xnak angkat call n xnak reply msg aku... mak dia terperanjat... baru dia suh aku call no dia..Ya Allah..mmg sedih sgt2... aku x sanggup da nak rase sedih mcm tu lg...tp masa tu serius..aku mmg x terpikir nak putus dgn dia...wlpun mulut aku kate mcm2..minta putus bagai..tp sayang aku kat dia x luntur lg...aku mmg syg kat dia sgt2.. aku jenis kalo da syg org tu..sedalam2nya mmg syg org tu n xkan tinggalkan dia... bila aku ok sikit dgn ex aku..aku mcm menyesal g kawan dgn aci...aku takut aku buat dia rase mcm aku main2kan dia... tp bila aku gaduh..aku akan nangis n ngadu kat aci... cuma aku x ngadula yg aku gaduh dgn tunang aku...sbb akukan da bgtau dia aku da putus...cuma aku ngadu kat dia aku teringat kat ex aku.. aci kate... kalo xnak sedih2..bagila hati aku kat dia... huhu (giles pe..akukan tunang orang lg..haha).. n dia kate dia sanggup jd bahan eksperimen...maksudnya kalo tiba2 aku nak balik kat ex tunang aku..dia boleh terima..sbb dia xkan paksa org... so far dlam sebulan aku kawan dgn dia... aku mmg selesa sgt... tgh2 malam..kalo aku terjaga n sedih..diala aku cari n menangis.... tp masa ni ye... hati aku masih utk tunang aku.... bersambung......
aku mmg sgt kuat merajuk..huhu

Saturday 14 June 2014

Nak naik basssss!!!

cuti sekolah da nak abis..so dgn semngatnya smalam balik kl..konon2 blh buat ape yg patut bile balik awal..tp bila da petang aku bosan... so..pg2 td aku balik kampung balik..haha...ntah pape je kan... aku xde kreta..so aku balik kampung nek bas ye...sampai2 tangkak..ayah aku da tunggu... adela bdak 2 org tu sekali..kakak n abg..anak buah aku... kakak 4 tahun.. yg abg baru 2 tahun setengah...buka2 pintu da dgr abg tu jerit... nak naik bass!!nak naik bass!!!
muka x puas hati sbb x dpt nek bas... bas blum sampai lgla syg...

sbb kesian dgn dia yg mmg berhari2 asyik nak naik bas...(bdak zaman skrg x merasa naik bas).. aku pun bawakla dia naik dr tangkak menuju ke rumah aku... ayah aku naik kereta...aku pun da lama x naik bas dr tangkak balik rumah..tambang berapa pun x ingat... pemandu bas tu bg tiket..rm 1.50...dkt je... 5 km je.hehe...

nak duk sorangla konon tu...excited dpt nek bas...

last2 nak duk dgn ummi..takut duk sorang...

pemandangan dalam bas..x ramai org pun...bas panorama...

da sampai... x smpat tgkap gmbar bas....blakang bas pun jdla..

Friday 13 June 2014

Link blog yg baru...

assalamualaikum n selamat pagi semua...

mmmm  hari ni da ari sabtu.... isnin da start balik mengajar lepas 2 minggu cuti sekolah... dan dah berbulan2 lamanya blog ni sunyi sepi..konon nak update mcm2la kan..tp asyik x sempat jekkkk...huhu..tpkan semua alasan jek ni... nak seribu daya.. xnak seribu dalihkan...

smalam pn.mimi..merangkap seorang penulis blog jugak..merangkap sahabat dr sekolah rendah lg... suruh aktif2kan blog ni balik..terus terpikir...aahla..nape xnak aktifkan..bosan2..blh cerita mcm2... nak tulis diari malas...so ade blog taip je..masa2 depan blh baca balik...mesti bnyak kenangan yg blh dikongsi bersama dgn yg lain kan...
so..sebelum nak aktif balik... satu benda kena buat..tukar link blog ni.... sebb nama link ni ade kenangan yg sgt2 pahit utk diingati.... aku jenis yg suka ingat kenangan lama tp x suka simpan kenangan tu..korg mesti x paham kan... aku pun x berapa paham gak....

mm..nak tukar nama apa eh??aku bkn otak kreatif nak reka2 nama blog ni..mmm..nanti aku reka2 yg biase..sekali reject..sbb dah ade org guna...nanti hampala hati ni kan...xpe2..nanti aku dah ade nama baru..dah approve...aku war2kan blog aku ni eh...

korang...jom lawat fb aku.. www.facebook.com/ronasutra.yana ..mcm2 ade jual..harge special punyer

cuti sekolah da hbis...aku rindu dgn bdak kecik ni...ank buah aku...sgt ngada2...tiap2 malam nak tido dgn aku...dia panggil aku ummi